Tarikh : 29 Februari 2016 (Isnin)
Sasaran : Semua murid SKDUA
Pengawas bertugas sebagai pengerusi majlis
GPM sedang menerangkan pelaksanaan Nilam pada tahun ini.
Bagi meningkatkan motivasi murid dalam program galakan membaca ini,
PSS telah menawarkan pelbagai hadiah menarik setiap bulan
untuk pembaca terbanyak bulan tersebut.
Hadiah akan diberi kepada pembaca terbanyak menggunakan
kaedah cabutan bertuah atau lucky draw. Murid-murid kelihatan bersemangat
dan menyahut cabaran PSS untuk mempertingkatkan kadar
bacaan buku mereka.
![]() |
Guru Besar, Encik Mohd Yusri Bin Mohd Za'ali telah melancarkan program dengan gimik perasmian. Gimik perasmian tahun ini diinspirasikan melalui teknik resis dalam seni visual. Apakah itu teknik resis? Sila klik link ini. Bukan sahaja murid-murid teruja, guru-guru turut teruja melihat huruf-huruf tersebut timbul selepas dicat.
Alhamdulillah, majlis pelancaran Nilam peringkat sekolah telah berjalan dengan lancarnya. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak. Diharapkan, budaya membaca dalam kalangan warga SKDUA akan berkembang dan terus mekar untuk membentuk komuniti yang berilmu pengetahuan. :)
Tahniah
BalasPadamTahniah
BalasPadam